Thursday 5 March 2015

Fikir

Aku buat baik bukan buat baik yang bermakna aku berpura baik.Aku buat baik yang menjurus kepada prinsip kau tolong orang dulu..baru orang kenang...tapi bukan semuanya dikenang.Ada yang lupa mungkin pertolongan yang kecil tidak perlu dibayar.Aku tak kisah.Apa yang aku mampu tolong...aku tolong.Ramai yang berpura.Berpura dari pelbagai aspek.
Sifat.
Penampilan.
Gaya bercakap.
Cara memikat.
Memaksa dalam ayat yang lembut.
Bukan itu sahaja manusia boleh lakukan lakonan tanpa skrip ni.
Aku tidak terlalu jahil untuk menipu diri sendiri dengan berpura jadi orang lain.Aku pernah cuba tetapi tak dapat kepuasan menjadi orang lain yang hebat di mata kasar.Jadi aku jadi diri aku.Biarlah tak seberapa asalkan aku gembira dan tak berpura.Aku pernah jadi bahan caci dan mestilah semua orang pernah merasainya...
Ramai yang memilih fikiran kritikal dan menjadikan sifat negatif dalam diri membuak dan menjadi sebati dalam diri.Segelintir yang mencuba menjadi orang fikiran konstruktif langsung membeza cara fikiran manusia.Revolusi berfikir ini tak dapat dibeli cuma ia perlu dipilih..hanya dua cara.Ada kala kita perlu negatif kerana orang sering ringan kaki untuk kepala diletakkan di bawah kaki.Ada kala konstruktif perlu kerana Menyokong fikiran dari terus bertanggapan kritikal.

No comments:

Post a Comment