Friday 6 March 2015

Benci

Kini marah kawal diri dan aku cuma ikut jauh mana aku akan pergi.Sejujurnya aku benci orang bongkak.Benci orang menunjuk.Mereka ada harta dibanggakan dan kumpul makian dari orang yang selalunya hanya di belakang tabir.Depan pentas semuanya baik dan lakonan yang bermutu tinggi.Duit kertas yang dijadikan darjat yang meletakkan nama jadi sanjungan dan dihormati.Mereka ada rupa.Ada yang tak bongkak jual rupa dan ada yang mahu jadi usahawan yang berjaya.Mereka ada kecanggihan teknologi tapi dilanda kemunduran berfikir dan paling bertuah kerana ada masih segelintir manusia yang masih bertolak ansur...mata yang celik..fikir hidup bukan ekonomi..Mereka konon tak kesah orang benci.Konon terima cacian dengan hati terbuka tapi hakikatnya topeng itu dikalis peluru.Terlalu kabur semua bagi melihat yang pasti atau merepek.Benci aku mendalam bila mereka merendahkan orang bawahan.Orang bawahan yang dihina..yang disuruh..yang disusun jadi satu industri pekerjaan kuli.Bila tabir ditutup mereka masih sama dan bodoh dalam buat keputusan.

No comments:

Post a Comment