Thursday 5 March 2015

Aku dan aku.

Aku rasa aku tak betul.Adakala perasan hebat dalam bidang yang aku hebat..lebih kepada mengaku hebat.Aku masuk bidang rap kerana nampak cara ia menyampaikan sesuatu perkara dalam yang menarik dan terserah apa yang mahu disebutkan.Antara orang terima atau tidak.Antara orang mahu bersih atau kotor dan selalunya kotor lebih memuaskan hati..Orang sering pandang rendah pada aku dulu.Bila aku cuba naik..aku di atas dan orang yg kini di bawah tetap Benci aku yang aku kat atas...dan bagi aku kesimpulannya tiada beza kau dekat mana..hasilnya kalau orang benci tetap benci.Makin kau lawan mereka tetap mahu menang ..jadi biarkan ia berlaku dalam kesabaran adalah yang terbaik.

Aku selalu tengok cermin dan selalunya aku tak tengok diri luaran aku...Cermin tempat refleksi diri.Bertanya soalan kepada diri sendiri...Adakah aku cukup macho untuk orang pandang?
Adakah rap aku boleh dapat tepukan gemuruh?
Bolehkah aku berjaya dengan usaha?
Dan tidak semua soalan tu terjawab..ada yang masih tangguh dan ada yang aku dah buang jauh letak dalam hati biarkan terbakar dengan rasa marah pada diri.

Aku perhati orang.Cara orang bercakap.Sosial Hormat.Sifat yang remeh dan jarang dinampak.Sama seperti lelaki mengkaji wanita yang menarik perhatiannya.Segala perkara mesti tahu walaupun kecil.Selalu aku berangan nak tulis sesuatu yang memberi inspirasi dan motivasi pada orang dan tidak kesampaian kerana aku sedar aku sendiri masih perlukan semua itu.

No comments:

Post a Comment