Thursday 5 March 2015

Cara Berfikir

Fikiran masih keliru antara fikiran dengan minda...Dan aku masih keliru antara bodoh dan genius tapi lebih keliru antara bodoh dan berlakon bodoh..Ramai yang tak pasti tapi terlalu yakin seseorang itu memang bodoh dari kerana penampilan dan sifat. Salah rasanya.Dari itu aku mula buat kajian bagaimana perspektif orang bila aku berpura bodoh dan seperti dijangka ramai yang betul anggap aku bodoh.Kajian berjaya.Janji orang senyum dan selesa bersama aku..itu dah mencukupi.Aku tak kisah orang nak cakap apa tentang aku atau segalanya tentang aku..mereka suka menilai orang dari segala aspek tanpa kira kesahihan yang pasti.Aku masih berfikir mencari kepuasan mengkritik orang atau sesuatu yang boleh dibualkan dan selalunya mengisi masa lapang.Ada yang pasti tentang penilaian yang dia buat.
"Dia memang bodoh dari dulu."
Padahal tak tahu dia masih belajar..dan kira normal bagi budak kecil yang masih tak matang dan bodoh kini menjadi perkataan yang menjadi mangsa antara beribu perkataan dalam bahasa melayu yang paling banyak disebut.Perlukah rasa bangga?

No comments:

Post a Comment