Tuesday 10 March 2015

Tunjuk

Jangan harap orang mahu pandang orang lemah.Hampir semua mahu kuat.Lemah hanya perkataan tapi ia menentukan siapa yang berkuasa...Di mana punca kuasa?Wang..Kertas bernilai yang paling dikejar..Ramai kata Sekarang duit adalah segalanya...Come on..Ia sebenarnya segalanya sekarang memerlukan duit bukannya segalanya perlu duit.Usaha tak bole dibeli.Masa tak boleh dibeli walaupun emas.

Boleh beli dengan wang kerana semuanya mengejar wang.Tersemat dalam fikiran wang boleh jamin bahagia .Pembetulan...bukan semua bahagia.Kategori ni juga dalam senarai orang yang aku benci.Menunjuk.Bongkak dengan harta.Persepsi telah ditukar..Yang bangun terus membangun Yang lemah terus dipandang hina.Itu hakikat.

Friday 6 March 2015

Benci

Kini marah kawal diri dan aku cuma ikut jauh mana aku akan pergi.Sejujurnya aku benci orang bongkak.Benci orang menunjuk.Mereka ada harta dibanggakan dan kumpul makian dari orang yang selalunya hanya di belakang tabir.Depan pentas semuanya baik dan lakonan yang bermutu tinggi.Duit kertas yang dijadikan darjat yang meletakkan nama jadi sanjungan dan dihormati.Mereka ada rupa.Ada yang tak bongkak jual rupa dan ada yang mahu jadi usahawan yang berjaya.Mereka ada kecanggihan teknologi tapi dilanda kemunduran berfikir dan paling bertuah kerana ada masih segelintir manusia yang masih bertolak ansur...mata yang celik..fikir hidup bukan ekonomi..Mereka konon tak kesah orang benci.Konon terima cacian dengan hati terbuka tapi hakikatnya topeng itu dikalis peluru.Terlalu kabur semua bagi melihat yang pasti atau merepek.Benci aku mendalam bila mereka merendahkan orang bawahan.Orang bawahan yang dihina..yang disuruh..yang disusun jadi satu industri pekerjaan kuli.Bila tabir ditutup mereka masih sama dan bodoh dalam buat keputusan.

Thursday 5 March 2015

Fikir

Aku buat baik bukan buat baik yang bermakna aku berpura baik.Aku buat baik yang menjurus kepada prinsip kau tolong orang dulu..baru orang kenang...tapi bukan semuanya dikenang.Ada yang lupa mungkin pertolongan yang kecil tidak perlu dibayar.Aku tak kisah.Apa yang aku mampu tolong...aku tolong.Ramai yang berpura.Berpura dari pelbagai aspek.
Sifat.
Penampilan.
Gaya bercakap.
Cara memikat.
Memaksa dalam ayat yang lembut.
Bukan itu sahaja manusia boleh lakukan lakonan tanpa skrip ni.
Aku tidak terlalu jahil untuk menipu diri sendiri dengan berpura jadi orang lain.Aku pernah cuba tetapi tak dapat kepuasan menjadi orang lain yang hebat di mata kasar.Jadi aku jadi diri aku.Biarlah tak seberapa asalkan aku gembira dan tak berpura.Aku pernah jadi bahan caci dan mestilah semua orang pernah merasainya...
Ramai yang memilih fikiran kritikal dan menjadikan sifat negatif dalam diri membuak dan menjadi sebati dalam diri.Segelintir yang mencuba menjadi orang fikiran konstruktif langsung membeza cara fikiran manusia.Revolusi berfikir ini tak dapat dibeli cuma ia perlu dipilih..hanya dua cara.Ada kala kita perlu negatif kerana orang sering ringan kaki untuk kepala diletakkan di bawah kaki.Ada kala konstruktif perlu kerana Menyokong fikiran dari terus bertanggapan kritikal.

Latar

Setiap orang ada latar belakang.Ada happy..sedih..tak dapat dijangka..buruk..mimpi ngeri.Setiap orang ada impian hidup walaupun tak tahu dia punya storyboard.walau x tahu apa takdir dia...apakah ending dia?
Apa yang dirancang tak semuanya jadi.
Dan tak semestinya apa yang terjadi ada keburukan.Mana pergi perkataan hikmah dalam fikiran?.
Tak pasti sama ada terlalu berharap sesuatu perkara itu menjadi atau tak boleh terima kenyataan.Aku tak mahu campur dalam induk yang lebih luas jadi aku hanya ambil pandangan sekeliling dan orang terdekat aku...persekitaran aku..cara hidup generasi kini.Ada yang boleh nampak beza cara hidup generasi terdahulu dan kini.Ada yang masih perlukan cermin mata yang kantanya perlu kuat bagi mata yang celik tapi buta tu lihat realiti.Tidakkah terlalu muda untuk seorang pelajar bercakap tentang hidup?Kalau begitu..mengapa tidak orang fikir tentang budak yang lahir dengan genius?

Tidak perlu muda atau tua.Semua orang boleh bercakap...mengolah pendapat. ..pandangan masing masing.

Cara Berfikir

Fikiran masih keliru antara fikiran dengan minda...Dan aku masih keliru antara bodoh dan genius tapi lebih keliru antara bodoh dan berlakon bodoh..Ramai yang tak pasti tapi terlalu yakin seseorang itu memang bodoh dari kerana penampilan dan sifat. Salah rasanya.Dari itu aku mula buat kajian bagaimana perspektif orang bila aku berpura bodoh dan seperti dijangka ramai yang betul anggap aku bodoh.Kajian berjaya.Janji orang senyum dan selesa bersama aku..itu dah mencukupi.Aku tak kisah orang nak cakap apa tentang aku atau segalanya tentang aku..mereka suka menilai orang dari segala aspek tanpa kira kesahihan yang pasti.Aku masih berfikir mencari kepuasan mengkritik orang atau sesuatu yang boleh dibualkan dan selalunya mengisi masa lapang.Ada yang pasti tentang penilaian yang dia buat.
"Dia memang bodoh dari dulu."
Padahal tak tahu dia masih belajar..dan kira normal bagi budak kecil yang masih tak matang dan bodoh kini menjadi perkataan yang menjadi mangsa antara beribu perkataan dalam bahasa melayu yang paling banyak disebut.Perlukah rasa bangga?

Flasback dalam memori

Bila topik sejarah hidup aku ligat bermain dalam kepala aku..Tak terkira aku mana yang manis..yang pahit..yang boleh diceritakan...yang mana langsung x penting dan taknak aku ingat.Jadi...bermula pada zaman sekolah rendah..tak banyak yang aku ingat tapi apa yang aku pasti tentang diri aku...aku sentiasa nak menang..nak jadi ketua..nak orang dengar cakap aku namun hakikatnya aku takut dengan orang..malu dengan orang..kalahkan anak dara malunya..
Dan apa yang aku ingat..aku suka perempuan puji aku..tengok aku..suka aku..minat aku..jadikan aku sebagai tatapan mata..rasanya macam aku raja zaman tu..Aku cuba kaji diri aku..cuba berubah..ikut gaya artis..pelakon..berlakon cool depan semua..Nak jadi tu..Mimpi jadi superman .walaupun superman bukan hero aku masa tu..biasa akal fikiran yang masih penuh imaginasi dan dengan minat nak kenal dunia..Sebelum aku naik remaja..fikiran matang sudah ada dalam diri walaupun tidak 100 percent.Dalam kesibukan riang kehidupan kanak kanak...aku cuma faham perkataan Cita-cita tapi cuma perkataannya..Ambition not really important for me and to all boy in 10 years old.Aku masih suka tukar cita cita sebab masih kabur apa yang aku mahu jadi..suka jadi..dan disitulah aku jumpa dengan perkataan Impian.Ia merumitkan akal kecil ku yang masih mentah dalam hidup.

Aku dan aku.

Aku rasa aku tak betul.Adakala perasan hebat dalam bidang yang aku hebat..lebih kepada mengaku hebat.Aku masuk bidang rap kerana nampak cara ia menyampaikan sesuatu perkara dalam yang menarik dan terserah apa yang mahu disebutkan.Antara orang terima atau tidak.Antara orang mahu bersih atau kotor dan selalunya kotor lebih memuaskan hati..Orang sering pandang rendah pada aku dulu.Bila aku cuba naik..aku di atas dan orang yg kini di bawah tetap Benci aku yang aku kat atas...dan bagi aku kesimpulannya tiada beza kau dekat mana..hasilnya kalau orang benci tetap benci.Makin kau lawan mereka tetap mahu menang ..jadi biarkan ia berlaku dalam kesabaran adalah yang terbaik.

Aku selalu tengok cermin dan selalunya aku tak tengok diri luaran aku...Cermin tempat refleksi diri.Bertanya soalan kepada diri sendiri...Adakah aku cukup macho untuk orang pandang?
Adakah rap aku boleh dapat tepukan gemuruh?
Bolehkah aku berjaya dengan usaha?
Dan tidak semua soalan tu terjawab..ada yang masih tangguh dan ada yang aku dah buang jauh letak dalam hati biarkan terbakar dengan rasa marah pada diri.

Aku perhati orang.Cara orang bercakap.Sosial Hormat.Sifat yang remeh dan jarang dinampak.Sama seperti lelaki mengkaji wanita yang menarik perhatiannya.Segala perkara mesti tahu walaupun kecil.Selalu aku berangan nak tulis sesuatu yang memberi inspirasi dan motivasi pada orang dan tidak kesampaian kerana aku sedar aku sendiri masih perlukan semua itu.